Reece James disisihkan dari skuad England

Reece James
Reece James
A
A
A

BEK kanan Chelsea, Reece James sah akan disisihkan daripada skuad England yang bertanding di Piala Dunia Qatar, November ini selepas terpaksa berehat selama lapan minggu susulan kecederaan lutut.

Perkembangan itu diumumkan sendiri The Blues dalam satu kenyataan pada Sabtu yang memberitahu hasil laporan perubatan pemain tersebut selepas perjumpaan bersama pakar sebelum ini.

“Susulan kecederaan lutut yang dialami dalam perlawanan di tempat lawan menentang AC Milan, Reece telah menerima rawatan daripada bahagian perubatan Chelsea dan telah melawat pakar pada hujung minggu ini.

“Selepas berunding antara semua pihak, Reece kini akan menjalani program pemulihan dan dijangka akan kembali semula dalam tempoh lapan minggu,” katanya.

Berita itu adalah tamparan hebat kepada skuad England pada kempen Piala Dunia selepas seorang lagi bek kanannya, Kyle Walker juga berdepan masalah untuk cergas selepas menjalani pembedahan pangkal paha.

Artikel Berkaitan: