Reman suspek kes bunuh kekasih disambung tujuh hari

Sinar Harian melaporkan polis berjaya memberkas seorang lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan teman wanitanya yang ditemui dalam keadaan leher dijerut dalam bilik sebuah hotel bajet di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini pada Khamis.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Reman suspek lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita di sebuah bilik hotel bajet di Bukit Bintang di sini pada 6 Oktober lalu disambung tujuh hari lagi bermula Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sebelum ini suspek berusia 27 tahun itu direman seminggu bermula 8 Oktober sehingga 14 Oktober.

"Reman suspek disambung tujuh hari lagi bermula Jumaat hingga Khamis. Polis masih dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Pada Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan polis telah mengenal pasti motif pembunuhan adalah disebabkan masalah peribadi (kewangan).

Polis percaya berlaku pertengkaran di antara mangsa berusia 36 tahun dengan suspek sehingga menyebabkan kematian.

Suspek telah ditahan polis di kawasan Sentul pada 7 Oktober kerana disyaki membunuh kekasihnya di hotel itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: