Lelaki warga asing diberkas kes bunuh teman wanita

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis berjaya memberkas seorang lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan teman wanitanya yang ditemui dalam keadaan leher dijerut dalam bilik sebuah hotel bajet di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tangkapan dijalankan susulan penemuan mangsa berumur 36 tahun itu yang merupakan wanita warga tempatan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Siasatan dijalankan mendapati mangsa dijumpai terbaring di lantai dan telah meninggal dunia.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lilitan pada leher mangsa dipercayai dijerut dengan menggunakan tali," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan membawa kepada penangkapan seorang lelaki warga asing dipercayai teman lelaki mangsa.

"Suspek berumur 27 tahun itu diberkas sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi di Sentul pada Jumaat kira-kira jam 7.25 petang.

"Suspek direman tujuh hari bagi siasatan lanjut berkaitan kes ini dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: