'Sesiapa sahaja boleh tanding di Langkawi'

Dr Mahathir - Foto Bernama
Dr Mahathir - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Memetik laporan The Star, Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata demikian sebagai respons kepada bekas Setiausaha Politik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Ezam Mohd Nor yang akan bertanding di kerusi Parlimen tersebut pada PRU15.

"Saya akan terus mempertahankan kerusi saya di Langkawi tetapi sesiapa sahaja boleh bertanding di kerusi itu," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media semasa persidangan Persatuan Media Umur Ketiga mengenai Memperkasa Warga Emas untuk Tahun Terbaik Mereka di Menara Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata, UMNO telah memenangi kerusi Parlimen Langkawi sehingga sebelum PRU14, namun kini tidak diketahui sejauh mana kuatnya pengaruh UMNO di Parlimen tersebut dalam menghadapi PRU15.

“Pada PRU15, kita tidak tahu UMNO masih mempunyai pengaruh,” ujar beliau.

Mengulas lanjut katanya, GTA masih belum memuktamadkan kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya umum kali ini.

Bagaimanapun beliau menegaskan supaya parti pembangkang bersatu dalam usaha memastikan kemenangan pada PRU15.

“Kita perlu ketepikan permusuhan seperti yang dilakukan semasa PRU14.

Artikel Berkaitan:

“Ketika itu Bersatu dan DAP tidak sehaluan antara satu sama lain tetapi untuk mengalahkan lawan, kami bekerjasama,” jelasnya.