Maqis patah cubaan bawa masuk daging lembu dari Brazil

Antara plastik mengandungi daging lembu sejuk beku dipercayai dari Brazil.
Antara plastik mengandungi daging lembu sejuk beku dipercayai dari Brazil.
A
A
A

KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mematahkan cubaan membawa masuk 23 tan daging lembu sejuk beku dari Brazil di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat di sini pada Rabu.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, daging lembu berkenaan dipercayai cuba dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan.

"Pemeriksaan dijalankan kira-kira jam 10 pagi mendapati dagangan yang dibawa masuk itu tidak mempunyai permit import yang sah dikeluarkan oleh Maqis.

"Terdapat 23 tan daging lembu dianggarkan bernilai RM476,000," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebuah kontena mengandungi 23 tan daging lembu sejuk beku dipercayai dari Brazil dikesan menerusi pemeriksaan di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat pada Rabu.
Sebuah kontena mengandungi 23 tan daging lembu sejuk beku dipercayai dari Brazil dikesan menerusi pemeriksaan di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat pada Rabu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.

"Ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro organisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: