Dua individu cedera, lif jatuh dari tingkat lapan

Salah seorang mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur
Salah seorang mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai enam individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik mencemaskan apabila lif yang dinaiki mereka terjatuh dari tingkat lapan di sebuah kondominium di Brickfields di sini pada Jumaat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Rozman Abd Rashid berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah terima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 9.52 malam.

"Seramai 11 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati seramai tiga wanita,dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di dalam lif itu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, seorang wanita dan seorang lelaki mengalami kecederaan patah di bahagian kaki akibat insiden tersebut.

"Kesemua mangsa yang terlibat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.35 malam, punca kejadian masih dalam siasatan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: