Misi besar Terengganu FC di Darul Aman

Faisal Halim antara yang akan diturunkan menentang KDA FC pada Sabtu.
Faisal Halim antara yang akan diturunkan menentang KDA FC pada Sabtu.
A
A
A

CONGAKAN atas kertas Terengganu FC (TFC) berada di landasan terbaik untuk merebut tiket ke Piala AFC apabila kini berada di kedudukan ketiga Liga Super.

Bagaimanapun, nasib mungkin berbeza sekiranya skuad penyu itu gagal untuk mengutip tiga mata apabila bertandang ke Stadium Darul Aman bagi aksi terakhir menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Sabtu.

Justeru, pengendali TFC, Nafuzi Zain berharap pasukannya dapat mengekalkan momentum kemenangan, selain berwaspada dengan ancaman yang bakal diberikan pasukan tuan rumah.

“Sudah tentu perlawanan akhir menentang Kedah bukan mudah dan beraksi di laman mereka. Saya yakin mereka mesti mahukan kemenangan pada aksi terakhir ini.

“Jadi, saya harap pemain-pemain dapat mengekalkan momentum dan memberikan aksi terbaik untuk kutip tiga mata,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

TFC berada di kedudukan ketiga liga selepas mengumpul 41 mata daripada 21 aksi liga, dibezakan hanya dengan jaringan gol berbanding pasukan di kedudukan keempat iaitu Negeri Sembilan FC.

Mengulas persiapan pasukan, Nafuzi berkata, kesemua pemainnya cergas untuk diturunkan termasuk Faisal Halim.

Artikel Berkaitan: