Penting makanan untuk bersihkan usus

No Image Caption
A
A
A

USUS yang sihat adalah asas tubuh yang sihat.

Penyakit yang disebabkan oleh kotoran tubuh kita banyak terdapat dari usus besar.

Sayangnya ramai kita merasa kurang mengambil peduli kesihatan pencernaan ini.

Faktanya, sekitar 70 peratus sel-sel yang membentuk sistem kekebalan tubuh, berada di dinding usus kita.

Pastinya anda tidak mahu tubuh jadi rentan terkena penyakit akibat pencernaan yang tidak sihat, bukan? Mari semak beberapa makanan dan bahan makanan yang mampu membersihkan usus anda.

1. Sayuran hijau

Tekstur sayur yang berserat dapat membersihkan usus daripada racun dan kotoran yang menempel di dinding susu. Sayuran lebih baik baik dimasak dengan cara direbus, jika ingin ditumis atau digoreng gunakan minyak zaitun agar menambah nutrisi daripada keduanya.

2. Psyllium Husk

Artikel Berkaitan:

Psyllium husk atau yang lebih dikenal dengan nama plantago ovata merupakan tanaman herba yang tumbuh di India. Tumbuhan ini kaya serat dan dapat menurunkan kolesterol pada tubuh.

3. Chia Seed

Chia seed merupakan biji-bijian organik yang sedang popular untuk santapan diet kerana bermanfaat untuk detok pencernaan. Rasa chia seed sendiri cenderung memakannya, anda perlu merendamnya di dalam susu atau air selama beberapa minit, dan boleh juga mencampurkannya dengan makanan lain seperti yogurt atau oatmeal.

4. Lada cayenne

Bagi anda penggemar makanan pedas tetapi tetap ingin pencernaan sihat, lada cayenne jawapannya. Bahan makanan ini adalah senyawa pedas yang dapat membantu melancarkan pencernaan di tubuh. Makanan ini juga dapat mencegah serangan jantung.

5. Makanan yang difermentasi

Makanan yang difermentasi mengandung bakteria menguntungkan. Makanan fermentasi cenderung memiliki sedikit rasa asam. Contohnya adalah kimci dan yogurt.

6. Buah-buahan

Buah memang kaya manfaat bagi tubuh dari ujung kaki sampai kepala. Ada beberapa buah yang dapat membersihkan usus anda. Antaranya lemon yang kaya vitamin C dengan antioksidan tinggi pastinya akan membuat tubuh segera mengeluarkan kotorannya.

7. Air putih

Nah, yang satu ini wajib hukumnya. Usus yang dehidrasi secara terus-menerus dapat menyebabkan sembelit, kondisi yang akan menyebabkan tompokan racun dalam usus besar. Inilah sebabnya mengapa pentingnya minum air putih yang cukup.

Sumber: Hello Sihat