'Persahabatan UMNO, Pas tidak akan putus'

Ahmad Maslan turut memuat naik gambar ketika Mesyuarat Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri yang diadakan di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.
Ahmad Maslan turut memuat naik gambar ketika Mesyuarat Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri yang diadakan di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Persahabatan yang terjalin antara UMNO dan Pas tidak akan putus, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, walaupun Pas tidak bersama UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun hubungan sahabat diharap tidak akan putus.

“Muafakat ummah diteruskan dengan hubungan individu walaupun bukan melalui parti,” katanya menerusi posting yang dimuat naik di Facebooknya pada Jumaat.

Turut dimuat naik gambar ketika Mesyuarat Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri yang diadakan di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Pada Khamis. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu memutuskan untuk memperkukuh kerjasama dalam PN atas prinsip penyatuan ummah dan perkara itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,

Sejurus itu, UMNO dan BN menerusi Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskan parti itu bergerak secara solo bagi menghadapi PRU15 susulan keputusan dibuat Pas.

Artikel Berkaitan: