BN pilih terus bergerak solo

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - BN memilih terus bergerak solo susulan keputusan Pas untuk mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu juga kekal dengan imej yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara.

“Keputusan Pas Pusat untuk terus bersama dengan PN bagi menghadapi PRU15 sudah dijangkakan.

“Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.

“Dengan keputusan ini, UMNO bersama BN akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan Khamis telah membuat ketetapan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam PN untuk menghadapi PRU15.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu turut mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Artikel Berkaitan: