'Tolonglah beli minyak wangi saya, supaya boleh beli Twitter'

Pengasas syarikat SpaceX itu mendakwa sebanyak 20,000 botol berjaya dijual setakat ini. - Foto: Agensi
Pengasas syarikat SpaceX itu mendakwa sebanyak 20,000 botol berjaya dijual setakat ini. - Foto: Agensi
A
A
A

SAN FRANCISCO - Bilionair Amerika, Elon Musk melancarkan wangian terbaharu, Burnt Hair dan telah meraih jualan mencecah AS$1 juta (RM4.7 juta) dalam tempoh beberapa hari.

“Terlibat perniagaan wangian tidak dapat dielakkan. Tolonglah beli minyak wangi saya supaya boleh beli Twitter,” katanya secara sinis menerusi laman blog mikro itu pada Rabu.

Pengasas syarikat SpaceX itu mendakwa sebanyak 20,000 botol berjaya dijual setakat ini.

Musk yang terkenal dengan sifat suka berseloroh menerusi 'bio' beliau di Twitter turut menggambarkan dirinya sebagai 'jurujual minyak wangi' dengan menyertakan pautan ke laman web produk itu.

Pengasas Tesla itu dijangka menyelesaikan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion (RM206 bilion) menjelang akhir bulan ini.

Jika beliau gagal berbuat demikian, perbicaraan untuk saman pelanggaran kontrak dalam perjanjian akan berlangsung pada bulan depan. - Agensi.

Artikel Berkaitan: