17 anggota tentera terbunuh dalam letupan bas di Syria

Beberapa orang anggota tentera terbunuh dalam letupan yang menyasarkan sebuah bas tentera di Damsyik. - Foto hiasan
Beberapa orang anggota tentera terbunuh dalam letupan yang menyasarkan sebuah bas tentera di Damsyik. - Foto hiasan
A
A
A

DAMSYIK - Beberapa orang anggota tentera terbunuh dalam letupan yang menyasarkan sebuah bas tentera yang mengangkut mereka di kawasan luar bandar pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan, Sham FM.

Pemantau Hak Asasi Syria, badan pemantau perang yang berpangkalan di Britain berkata, 17 anggota terbunuh dalam letupan itu dan menambah angka kematian mungkin meningkat memandangkan ramai anggota tentera yang cedera parah.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: