Pas Pahang arah logo PN diperkenalkan secara meluas

Rosli
Rosli
A
A
A

KUANTAN - Pas Pahang mengarahkan agar logo Perikatan Nasional (PN) diperkenalkan secara meluas bermula sekarang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar berkata, arahan itu dikeluarkan selepas Pas Pusat memperkukuhkan kerjasama di dalam PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas prinsip penyatuan ummah.

Menurutnya, ini bermaksud Pas Pahang akan bertanding di dalam PRU 15 di atas tiket PN.

"Logo yang bakal digunakan oleh Pas ialah logo PN. Jadi, logo ini mestilah diperkenalkan secara meluas dari sekarang di dalam apa sahaja medium sama ada media cetak atau media sosial," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau menjelaskan, Pas Pahang amat berharap kepada semua ahli yang memiliki sebarang akaun media agar menukar profil berimejkan PN.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan diberikan kekuatan untuk bekerja keras bagi merealisasikan hala tuju tema PN Teraju Pahang," ujar beliau lagi.

Artikel Berkaitan: