PRU15: Jentera G57 bantu GRS-BN, tumpu kawasan 'hitam'

Zulkarnain
Zulkarnain
A
A
A

KOTA KINABALU - Jentera Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) di seluruh Sabah telah diaktifkan untuk membantu calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN, terutama di kawasan 'hitam' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, pihaknya telah mengarahkan kesemua jentera diaktifkan bagi memastikan kesemua calon GRS dan BN yang bertanding di 25 kerusi Parlimen menang dalam PRU itu.

"G57 hanya akan fokus pada Sabah pada kali ini memandangkan masalah kekurangan sukarelawan.

"Unit Multimedia termasuk unit propaganda, cybertrooper dan unit penceramah mempunyai pengalaman luas sebelum ini membantu GRS dan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, khidmat bantuan G57 kali ini sudah tentu sedikit sebanyak dapat menyumbang bilangan pengundi kepada dua gabungan parti pemerintah Sabah kali ini.

Saya sendiri selaku Pengerusi G57 akan turun berkempen membantu calon BN dan GRS khususnya di kawasan 'hitam'.

"Musuh utama kita di Sabah sudah tentu Parti Warisan (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH). Justeru sasaran menumbangkan calon dari kedua parti ini adalah matlamat utama G57.

"Rekod pencapaian baik selama dua tahun pentadbiran kerajaan GRS-BN di Sabah berbanding Warisan juga akan memudahkan jentera kempen berkempen.

Artikel Berkaitan:

"Justeru sasaran GRS dan BN untuk menang besar di Sabah kali ini bukan retorik sebaliknya fakta yang boleh dicapai," ujarnya.