Tetap mengundi walau diusung

Walaupun terpaksa diusung, pesara polis Azhari Latif, 58, tetap menjalankan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Rantau di Balai Polis Rantau hari ini. Foto: ADAM AMIR HAMZAH
A
A

SEREMBAN - Seorang pesara polis berpangkat lans koperal tetap gagahkan diri walau diusung untuk tunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi awal DUN Rantau, hari ini.

Azhari Latiff, 58, yang menderita lumpuh sejak 10 tahun lalu datang bersama dua anak lelaki di pusat pengundian awal di Balai Polis Rantau jam 11 pagi.

Menurutnya, sejak layak mengundi dia tidak pernah lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya itu setiap kali pilihan raya.

“Sejak malam tadi saya memang bersemangat untuk datang mengundi kerana tahu ini tanggungjawab kepada negara.

“Walaupun sakit, saya kuatkan hati dan saya harap pengundi Rantau juga begitu turun tunaikan tanggungjawab pada Sabtu ini,” katanya.

Azhari gagahkan diri walau diusung untuk tunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi awal DUN Rantau, hari ini. - Foto:ADAM AMIR HAMZAH
Azhari gagahkan diri walau diusung untuk tunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi awal DUN Rantau, hari ini. - Foto:ADAM AMIR HAMZAH

Menurutnya, melihat keadaan politik negara yang tidak menentu sekarang, penting untuk setiap rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Katanya, paling penting adalah memastikan perpaduan kaum dan keharmonian negara ini terus dijaga.

Sementara itu anak kedua Azhari, Azmel, 26, berkata, ayahnya lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika ke tempat kerja.

"Sejak itu segala keperluan ayah perlu diuruskan keluarga. Walaupun tak sihat, tapi dia sentiasa ingatkan anak-anak supaya jangan lupa bawa dia pergi mengundi setiap kali pilihan raya.

"Hanya pada PRU14 dia tak dapat pergi mengundi kerana jalani pembedahan buah pinggang dan batu karang," katanya.

Azhari tunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi awal DUN Rantau, hari ini. - Foto:ADAM AMIR HAMZAH
Azhari tunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi awal DUN Rantau, hari ini. - Foto:ADAM AMIR HAMZAH


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia