ZPP sedia rawatan dialisis percuma untuk asnaf

Terdapat lapan Pusat Hemodialisis Zakat di seluruh Pulau Pinang.
Terdapat lapan Pusat Hemodialisis Zakat di seluruh Pulau Pinang.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) memberi rawatan perkhidmatan dialisis secara percuma kepada asnaf yang mengalami kegagalan fungsi ginjal peringkat akhir.

Sebanyak RM7.8 juta diperuntukkan setiap tahun dengan menggunakan dana dari sumber zakat dalam menguruskan lapan Pusat Hemodialisis Zakat di seluruh Pulau Pinang.

Lokasi Pusat Hemodialisis Zakat terletak di Bukit Mertajam, Tasek Gelugor, Butterworth, Nibong Tebal, Kepala Batas, Bayan Lepas, Georgetown dan Balik Pulau.

Bagi sekali rawatan, kos seorang pesakit digunakan ialah RM300 hingga RM350 dan mereka memerlukan tiga kali rawatan dalam seminggu.

Antara syarat-syarat permohonan:

• Beragama Islam.

• Warganegara Malaysia.

• Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya tiga bulan.

Artikel Berkaitan:

• Disahkan menghidap penyakit kegagalan fungsi ginjal peringkat akhir.

• Tidak menghidap penyakit kronik yang berjangkit.

Cara Permohonan:

• Permohonan melalui borang yang disediakan ZPP.

• Borang boleh diambil di mana-mana kaunter ZPP yang berdekatan.

• Surat pengesahan doktor dan agensi penaja diperlukan seperti PERKESO, JPA, ATM, VETERAN dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.zakatpenang2u.com atau ke Pejabat ZPP berdekatan.