Orbit asteroid berubah selepas dihentam DART

Orbit asteroid Dimorphos berubah selepas dirempuh oleh sebuah kapal angkasa NASA pada bulan lalu. - Foto AFP
Orbit asteroid Dimorphos berubah selepas dirempuh oleh sebuah kapal angkasa NASA pada bulan lalu. - Foto AFP
A
A
A
WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada Selasa berjaya dalam misinya untuk memesongkan sebuah asteroid pada bulan lalu di angkasa lepas.

Ujian itu dilakukan bagi menguji keupayaan manusia untuk menghentikan objek kosmik daripada merosakkan bumi.

Pada 26 September lalu, sebuah kapal angkasa kecil tanpa juruterbang dikenali sebagai ​​Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) bersaiz peti sejuk sengaja merempuh asteroid Dimorphos.

Menurut AFP, Ketua NASA, Bill Nelson akhirnya mengumumkan bahawa rempuhan DART itu berjaya menolak asteroid tersebut ke orbit yang lebih kecil.

Kejayaan DART sebagai bukti ia telah merealisasikan apa yang pernah difilemkan dalan filem-filem Hollywood seperti 'Armageddon,' 'Deep Impact' dan 'Don't Look Up.'
Artikel Berkaitan:


Asteroid Dimorphos yang mempunyai diameter 160 meter atau kira-kira sebesar piramid Mesir yang besar dan terletak kira-kira 11 juta kilometer dari bumi.

Bentuknya yang seakan-akan telur dan permukaannya yang berkarang, berbatu-batu akhirnya dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa saat terakhir ketika DART menuju ke arahnya pada kelajuan kira-kira 23,500 kilometer sejam. - Agensi