Juventus diaibkan kelab Israel

Omer Atzili meraikan jaringan bersama para pemain Maccabi Haifa ketika menentang Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Sammy Ofer, Haifa. - Foto Champion League
Omer Atzili meraikan jaringan bersama para pemain Maccabi Haifa ketika menentang Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Sammy Ofer, Haifa. - Foto Champion League
A
A
A

JUVENTUS berdepan laluan berliku untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas tewas 0-2 kepada kelab Israel, Maccabi Haifa dalam aksi Kumpulan H di Stadium Sammy Ofer, Haifa.

Dua gol jaringan pemain tengah berusia 29 tahun Omer Atzili pada minit ketujuh dan 42 sudah cukup membolehkan skuad Barak Bakar melakar kemenangan pertama selepas mengharungi empat perlawanan.

Bagaimanapun, kemenangan sensasi kelab yang sedang menduduki tangga kedua Liga Perdana Israel itu tidak mengubah kedudukan pasukan tersebut di tangga tercorot Kumpulan H.

Kekalahan skuad Massimiliano Allegri itu juga menambah tekanan kepada gergasi Serie A tersebut yang bergelut dengan prestasi tidak menentu pada musim ini.

Untuk rekod, Juventus hanya meraih tiga mata daripada empat perlawanan kejuaraan tertinggi kelab Eropah itu, selepas menewaskan Maccabi Haifa 3-1 di Stadium Allianz minggu lalu.

Skuad berprofil Allegri kini perlu menang baki dua perlawanan menentang Benfica di Estadio da Luz pada 25 Oktober sebelum melayan kunjungan Paris St-Germain (PSG) di Stadium Juventus pada 2 November, sekira berhajat mara ke pusingan 16 terbaik.


LIGA JUARA-JUARA

Copenhagen 0-0 Manchester City

AC Milan 0-2 Chelsea

Artikel Berkaitan:

Shakhtar Donetsk 1-1 Real Madrid

Paris Saint-Germain 1-1 Benfica

Maccabi Haifa 2-0 Juventus

Dinamo Zagreb 1-1 Salzburg

Celtic 0-2 RB Leipzig

Borussia Dortmund 1-1 Sevilla