Badak berlanggar trak di jalan raya

Seekor badak berlanggar dengan sebuh trak di sebuah jalan raya di assam baru-baru ini. - Foto Twiiter/ himantabiswa
Seekor badak berlanggar dengan sebuh trak di sebuah jalan raya di assam baru-baru ini. - Foto Twiiter/ himantabiswa
A
A
A

NEW DELHI - Satu rakaman video menunjukkan seekor badak berlanggar dengan sebuah trak di sebuah jalan raya di India baru-baru ini.

Perlanggaran itu menyebabkan haiwan itu terpinga-pinga namun ia tidak menyebabkan kecederaan.

Video itu menunjukkan badak tersebut melanggar bahagian tepi kenderaan itu yang sedang bergerak.

Perlanggaran itu menyebabkan haiwan tersebut terjatuh ketika trak itu cuba melencong keluar dari laluannya.

Selepas tergelincir di atas jalan raya, badak tersebut bangun semula dan berjaya kembali ke kawasan hutan di sekelilingnya dengan selamat.

Badak itu pada mulanya bergerak ke arah trak tersebut dan melanggar bahagian kiri kenderaan tersebut.

Insiden itu berlaku di kawasan Taman Negara Kazirangar, Assam.

Rakaman video itu disiarkan di akaun Twitter milik Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma baru-baru ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: