Kes bunuh: Lapan individu sambung reman seminggu

Ashari Abu Samah
Ashari Abu Samah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lapan individu termasuk dua wanita warga asing yang disyaki terbabit pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak di sini pada 3 Oktober lalu disambung reman selama tujuh hari bermula Isnin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, enam lelaki dan dua wanita berusia antara 26 hingga 40 tahun itu telah direman seminggu bermula 4 Oktober sehingga 10 Oktober.

"Kesemua suspek kini disambung reman tujuh hari bermula Isnin hingga Ahad bagi membantu siasatan.

"Kita masih dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada 3 Oktober lalu, media melaporkan seorang daripada tiga lelaki warga Afrika berusia 32 tahun meninggal dunia ketika diberikan rawatan di sebuah hospital swasta.

Pergaduhan itu mengakibatkan mangsa parah dengan kesan luka akibat tetakan di belakang lehernya.

Hasil siasatan dilakukan polis mendapati mangsa dan rakannya bergaduh dengan sekumpulan lelaki warga Afrika.

Kesemua suspek ditahan di sekitar Kuala Lumpur pada 3 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Punca pergaduhan berkemungkinan akibat perselisihan faham di pusat hiburan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.