King Kazu masih berbisa di usia 53 tahun

Miura (depan) berazam untuk kekal aktif sebagai pemain bola sepak profesional sehingga umur 60 tahun. - Foto Agensi
Miura (depan) berazam untuk kekal aktif sebagai pemain bola sepak profesional sehingga umur 60 tahun. - Foto Agensi
A
A
A

KETIKA kebanyakan lelaki memikirkan perancangan persaraan, namun bagi Kazuyoshi Miura masih aktif bergelar pemain bola sepak profesional di Jepun meskipun sudah mencecah usia lebih lima dekad.

Malah dia melebarkan rekodnya sebagai pemain bola sepak profesional tertua yang beraksi pada usia 55 tahun dan 225 hari.

Bekas pemain antarabangsa Jepun itu masuk sebagai pemain gantian untuk melakukan penampilan penting bagi pasukan divisyen keempat, Suzuka Point Getters.

Pemain bola sepak profesional tertua di dunia itu turut berazam untuk terus beraksi sehingga usia 60 tahun dan dia amat terharu dengan pencapaian peribadi tersebut.

“Saya akan kekal bersikap merendah diri dan terus beraksi dengan keinginan tinggi,” katanya.

Legenda yang mendapat gelaran King Kazu itu akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-56 pada Februari 2023.

Di Stadium Nasional yang dibina semula, Suzuka meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Criacao Shinjuku.

Ia adalah detik penuh emosi di stadium itu di mana Miura menjaringkan banyak gol untuk kelab dan skuad kebangsaan sepanjang kariernya yang panjang.

Artikel Berkaitan:

Miura dimasukkan pada minit ke-76 di hadapan penonton yang mencatat rekod Liga Bola Sepak Jepun sebanyak 16,218 orang.

“Saya bersyukur kerana dapat beraksi dalam prestasi yang terbaik dan berasa bangga. Saya mahu perlawanan ini menjadi sebahagian daripada perjalanan sejarah peribadi,” katanya.