PSG sisih Messi

Messi FOTO: AGENSI
Messi FOTO: AGENSI
A
A
A

PENYERANG Paris St Germain (PSG), Lionel Messi terlepas perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara menentang Benfica di Stadium Parc des Princes, awal pagi Rabu, selepas gagal pulih daripada kecederaan betis, kata kelab Ligue 1 Perancis itu.

Bintang Argentina itu sebelum ini terlepas perlawanan Ligue 1 berdepan Stade de Reims di Stade Auguste-Delaune II, yang menyaksikan juara Perancis kendalian Christophe Galtier gagal menjaringkan gol dalam liga buat kali pertama musim ini.

Pada perlawanan sebelum ini kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi di Estadio da Luz, yang menyaksikan Messi turut menjaringkan gol untuk PSG.

Namun pemain berusia 35 tahun itu meminta untuk dikeluarkan sebelum babak kedua selepas mengalami masalah betis.

Selain Messi, Les Parisiens juga terlepas khidmat Presnel Kimpembe, Nuno Mendes dan Renato Sanches pada perlawanan berdepan skuad kendalian Roger Schmidt tersebut.

Untuk rekod, PSG berada di tangga teratas Kumpulan H dengan tujuh mata, sama dengan Benfica, manakala Juventus ketinggalan empat mata di tempat ketiga.

LIGA JUARA-JUARA

RABU (12 OKTOBER)

Maccabi Haifa lwn Juventus, 12.45 tengah malam

Artikel Berkaitan:

Copenhagen lwn Manchester City, 12.45 tengah malam

Paris Saint-Germain lwn Benfica, 3 pagi

Dinamo Zagreb lwn RB Salzburg, 3 pagi

Sevilla lwn Borussia Dortmund, 3 pagi

AC Milan lwn Chelsea, 3 pagi

Shakhtar Donetsk lwn Real Madrid, 3 pagi

Celtic lwn RB Leipzig, 3 pagi