Bubar DUN: DAP Pulau Pinang rujuk CEC

Kon Yeow
Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - DAP Pulau Pinang akan merujuk dengan Jawatankuasa Tertinggi (CEC) DAP sama ada akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang atau tidak.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, CEC DAP akan bermesyuarat pada malam Selasa dan keputusan mengenai perkara itu mungkin akan diketahui beberapa hari lagi.

Menurutnya, perkara itu juga akan dibawa kepada perhatian pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum sebarang ketetapan dibuat.

"Jawatankuasa DAP Pulau Pinang telah mengadakan mesyuarat tergempar ekoran pembubaran parlimen pada hari ini.

Kita telah nilai keadaan semasa dan membuat beberapa keputusan. Keputusan ini akan dirujuk kepada jawatankuasa tertinggi pusat yang akan bermesyuarat pada malam esok.

"Jadi kita perlu menunggu keputusan jawatan kuasa tertinggi pusat tentang sama ada DUN Pulau Pinang akan dicadangkan bubar atau tidak," katanya ketika ditemui media di sini, pada Isnin.

Kon Yeow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang berkata, beliau akan memanggil mesyuarat PH Pulau Pinang pada Selasa bagi menilai dan meneliti isu yang sama.

Artikel Berkaitan: