Xavi resah Barcelona di persada LaLiga

Pedri. - Foto AFP
Pedri. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, Xavi Hernandez mengakui beliau sedikit resah dengan pasukannya apabila berjaya menduduki tempat pertama LaLiga selepas menewaskan Celta Vigo 1-0 awal pagi Isnin.

Xavi mendakwa bimbang kejayaan diraih pasukannya itu bakal melahirkan rasa mudah berpuas hati dalam kalangan barisan pemainnya sekali gus mungkin memberi kesan kepada prestasi pasukan.

Menurutnya, persembahan separuh masa kedua pasukannya tidak bagus, pemain berhenti mengasak dan meletakkan lawan di bawah tekanan.

“Secara psikologi, prestasi kami telah merudum dan berakhir dengan dua atau tiga peluang yang mampu merobek gawang.

“Tiga minggu lalu kami dalam prestasi hebat namun kini tidak. Kami perlu menghadapi perlawanan seperti ini walaupun tidak beraksi dengan baik,” katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Camp Nou Gol Pedri membantu Barcelona untuk mencipta kemenangan 1-0 mengatasi Celta Vigo awal pagi tadi.

Keputusan tersebut menyaksikan Barcelona merampas semula kedudukan liga daripada seteru terdekat Real Madrid dengan hanya dibezakan dengan perbezaan gol.

Artikel Berkaitan: