Barca masih belum daftar Gundogan dengan LaLiga

Ilkay Gundogan - Foto Agensi
Ilkay Gundogan - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN tengah, Ilkay Gundogan adalah antara beberapa pemain Barcelona yang masih belum berdaftar dengan La Liga berikutan pelanggaran peraturan Financial Fair Play (FFP) kelab itu.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan keraguan penampilan pada aksi pembukaan musim menentang Getafe pada Ahad.

Selain bekas kapten Manchester City, Gundogan yang menyertai perpindahan percuma pada Jun, pemain baharu Inigo Martinez dan Oriol Romeu juga belum didaftarkan.

Pemain seperti Ronald Araujo, Marcos Alonso, Sergi Roberto dan Inaki Pena, yang menandatangani kontrak baharu juga tidak berdaftar.

Ini bermakna juara LaLiga itu hanya mempunyai 12 pemain yang tersedia untuk penampilan sulung musim baharu kali ini.

Sebelum ini, Barcelona mengalami situasi yang sama musim lalu, apabila disekat peraturan kewangan LaLiga yang ketat untuk mendaftarkan pemain baharu seperti Robert Lewandowski, Franck Kessie, Andreas Christensen dan Raphinha.

Bagaimanapun mereka akhirnya didaftarkan pada malam pembukaan musim Barcelona selepas kelab itu mencetuskan operasi ekonomi saat akhir.

Namun pemain pertahanan Jules Kounde terlepas beberapa perlawanan apabila formalitinya tidak selesai sehingga penghujung Ogos.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, kelab perlu memenuhi had gaji LaLiga untuk mendaftarkan pemain baharu serta yang menandatangani pembaharuan kontrak.

Tahun lalu, Barcelona terpaksa menjual aset kelab sebagai penguat ekonomi untuk mencipta margin yang diperlukan dengan LaLiga, kerana hutang mereka berjumlah 1.35 bilion euro.

Mereka tidak akan dapat bermain di Camp Nou untuk beberapa musim selepas bersetuju dengan perjanjian pembiayaan bernilai 1.45 bilion euro untuk mengubah suai stadium ikonik yang ketinggalan zaman.

Tempat 100,000 tempat duduk itu merupakan sumber pendapatan terbesar kelab dan kelab perlu kreatif untuk kekal berdaya saing dalam sekatan peraturan FFP LaLiga untuk musim kedua berturut-turut.

Tahun lalu, kelab itu menandatangani perjanjian penajaan baju dan stadium dengan platform penstriman audio Spotify (SPOT.N) dalam perjanjian bernilai 280 juta euro.

Mereka juga bersetuju menjual 25 peratus kepentingan dalam hak TV LaLiga untuk 25 tahun akan datang kepada kumpulan ekuiti swasta A.S. Sixth Street (TSLX.N) untuk 607.5 juta euro.

Selain itu, Barcelona meluluskan penjualan bahagian minoriti bahagian audio-visual kepada Socios.com dan Orpheus Media untuk 200 juta euro.

Difahamkan Barcelona cuba menjual satu lagi peratusan bahagian audio-visual untuk menjana margin yang diperlukan untuk memenuhi angka had gaji LaLiga.