UMNO hormat semua kaum, hak mengamalkan agama

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO akan terus menjulang dan memperjuangkan Islam demi kepentingan ummah selagi parti itu berada di atas paksi landskap politik negara.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun UMNO juga menghormati kaum lain termasuk hak mereka untuk mengamalkan agama masing-masing.

"Beberapa kajian akademik sebelum ini memperakui peranan UMNO dalam menegakkan Islam di Malaysia (dan) merupakan hakikat sejarah tanah air.

“Sejarah pemaktuban Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah dengan mengambil pandangan UMNO kepada Suruhanjaya Reid pada 1956. (Artikel menyatakan) Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menyatakan maksud yang terjemah dalam Perkara 3 (1) itu juga memupuk sebuah keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Justeru, Ahmad Zahid menegaskan, UMNO turut melaksanakan pindaan kepada Perkara 3 Perlembagaan parti itu selepas beliau dilantik sebagai presiden pada 2019.

“Perhimpunan Agung UMNO sebulat suara meluluskan usul meletakkan Islam di hadapan bagi asas dan tujuan perjuangan parti terbesar Melayu ini.

"Pendirian UMNO terhadap kepentingan agama Islam telah disaksikan sejak kemerdekaan negara dan ditambah baik pada 2019, sebab itu UMNO tidak pernah menolak dan menyokong apa juga program berkait Islam termasuk sambutan Maulidur Rasul," ujarnya.

Artikel Berkaitan: