Enam syarikat telekomunikasi meterai perjanjian akses 5G

Kesemua enam syarikat telekomunikasi utama tempatan telah menandatangani perjanjian penyediaan akses 5G yang disediakan oleh Digital Nasional Bhd (DNB).
Kesemua enam syarikat telekomunikasi utama tempatan telah menandatangani perjanjian penyediaan akses 5G yang disediakan oleh Digital Nasional Bhd (DNB).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kesemua enam syarikat telekomunikasi utama tempatan telah menandatangani perjanjian penyediaan akses 5G yang disediakan oleh Digital Nasional Bhd (DNB).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata syarikat-syarikat tersebut ialah Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, YTL Communications Sdn Bhd (YES) dan Telekom Malaysia Bhd (TM).

"Tak lama lagi, lebih ramai rakyat Malaysia dah boleh guna perkhidmatan 5G,” katanya dalam hantaran di laman Facebook dan Instagram beliau hari ini.

Tengku Zafrul berkata, penyediaan rangkaian 5G yang meluas ini sudah pastinya akan dapat memacu pendigitalan negara.

”Kita telah bersedia untuk mempercepat pelaksanaan 5G,” katanya.

Sebelum ini, Maxis dan U Mobile difahamkan tidak bercadang untuk mengambil kepentingan dalam DNB manakala empat pengendali rangkaian operasi mudah alih yang lain iaitu Celcom Axiata, Digi, YES dan TM telah memeterai perjanjian langganan saham membabitkan 65 peratus pegangan ekuiti dalam DNB.

Celcom Axiata dan Digi masing-masing memegang 12.5 peratus kepentingan manakala YES dan TM pula masing-masing sebanyak 20 peratus.

Baki 35 peratus akan dipegang oleh kerajaan yang juga pemegang saham khas yang memberi pelbagai hak dan kepentingan serta melibatkan aspek seperti pemilikan, penjualan atau pemindahan saham di pihak kerajaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: