Pemuda maut tercampak keluar dari kereta

Anggota bomba melakukan operasi menyelamat mangsa kemalangan yang mengakibatkan seorang maut di Kilometer 37.1 Lebuhraya Utara Selatan, Kulai, pada Ahad.
Anggota bomba melakukan operasi menyelamat mangsa kemalangan yang mengakibatkan seorang maut di Kilometer 37.1 Lebuhraya Utara Selatan, Kulai, pada Ahad.
A
A
A

KULAI - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki tercampak keluar sebelum maut apabila kereta dipandunya terlibat kemalangan di Kilometer 37.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan tersebut pada jam 6.10 pagi yang membabitkan dua kereta jenis Perodua Viva dan sebuah Proton Persona.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu pemandu Perodua Viva pertama iaitu lelaki berusia 42 tahun cedera parah di bahagian badan dan kepala.

Katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian menakala pemandu lelaki Perodua Viva kedua yang berusia 37 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Pemandu Proton Persona pula tidak dapat dihubungi kerana dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Tinggi II Bahtiar Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.23 pagi.

"Susulan itu katanya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Pemandu Perodua Viva dikenali sebagai Muhammad Firdaus tercampak sejauh dua meter dari keretanya akibat kemalangan tersebut," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayat dibawa di ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini.

Tambah beliau, operasi yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Fauzi Che Deris itu tamat pada jam 7.30 pagi.