Pesakit masih hidup ketika berada dalam beg mayat

Pesakit Kevin Reid menerima rawatan di Hospital Besar Rockingham baru-baru ini. - Foto Google Maps
Pesakit Kevin Reid menerima rawatan di Hospital Besar Rockingham baru-baru ini. - Foto Google Maps
A
A
A

PERTH - Sebuah hospital di Australia sedang disiasat berikutan dakwaan bahawa seorang pesakit masih hidup ketika jururawat menghantarnya ke bilik mayat dalam beg mayat baru-baru ini.

Pesakit itu, Kevin Reid pada mulanya meninggal dunia di Hospital Besar Rockingham, selatan Perth.

Namun, seorang jururawat didakwa memutuskan dia meninggal dunia pada 5 September lalu dan meletakkannya di dalam beg mayat.

Bagaimanapun, pada keesokan harinya, seorang doktor di hospital menemui darah segar pada pakaian hospital si pesakit manakala dua anggota badannya telah bergerak dan matanya terbuka.

Ia menimbulkan kebimbangan bahawa lelaki itu masih hidup ketika tubuhnya dimasukkan ke dalam beg mayat.

Pesakit itu kemungkinan masih hidup dan bergelut untuk keluar dari beg mayat.

Namun, dia mati kerana lemas dan kemudian ada satu pendedahan yang mengejutkan iaitu doktor tidak mengisytiharkan Reid sudah meninggal dunia.

Koroner negeri kemudian diminta untuk menyiasat kejadian itu, menurut WA Business News.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah Koroner Australia Barat kemudian mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap kematian lelaki itu. - Agensi