Bajet 2023: Manifestasi usaha kerajaan untuk kebangkitan negara

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Pembentangan Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion itu menyaksikan peningkatan ketara berbanding peruntukan tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, belanjawan itu memperlihatkan komitmen kerajaan dalam menawarkan manfaat kepada Keluarga Malaysia.

“Alhamdullilah, saya gembira dengan pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

“Bajet ini juga menjadi manifestasi usaha kerajaan untuk kebangkitan negara, agar menjadi sebuah negara yang unggul setelah kita mengharungi pelbagai krisis dan cabaran sebelum ini.

“Semoga usaha yang berterusan akan menjadikan negara kita lebih sejahtera, aman, makmur dan Keluarga Malaysia mendapat penghidupan yang lebih berkualiti untuk hari-hari yang mendatang,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Pada Jumaat, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion.

Belanjawan itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Ini merupakan kali ketiga Tengku Zafrul menjadi pembentang selepas membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022.

Artikel Berkaitan: