RM235 juta dana pembiayaan tersedia khas untuk wanita

Sejumlah RM235 juta dana pembiayaan tersedia khas untuk wanita di bawah Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita, Dananita Mara dan Bizlady Bank Rakyat.
Sejumlah RM235 juta dana pembiayaan tersedia khas untuk wanita di bawah Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita, Dananita Mara dan Bizlady Bank Rakyat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM235 juta dana pembiayaan tersedia khas untuk wanita di bawah Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, Dananita MARA dan Bizlady Bank Rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu bagi mendorong lebih ramai wanita meningkatkan kapasiti perniagaan dan menambah baik strategi pemasaran mereka.

"Setakat Oktober 2022, wanita memegang 29 peratus komposisi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat senaraian awam utama dan kesemua 100 syarikat ini mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai ahli lembaga pengarah mereka," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Menurut Tengku Zafrul, bagi memperkasa peranan wanita di peringkat kepimpinan, Suruhanjaya Sekuriti juga akan memperkenalkan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran, mengenal pasti dan menambah bilangan wanita yang layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

"Saya percaya parti-parti politik pun sedang giat mengenal pasti serta berazam untuk mencalonkan lebih ramai wakil rakyat wanita untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya.

Di samping itu katanya, kerajaan bercadang untuk mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028 bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh rehat dalam kerjaya mereka.

Artikel Berkaitan: