[VIDEO] Tengku Zafrul menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023

Tengku Zafrul membawa beg yang berisi dokumen pembentangan Bajet 2023 di pekarangan Kementerian Kewangan untuk dibentangkan di Parlimen petang ini. - FOTO ROSLI TALIB
Tengku Zafrul membawa beg yang berisi dokumen pembentangan Bajet 2023 di pekarangan Kementerian Kewangan untuk dibentangkan di Parlimen petang ini. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna biru turun dari pejabatnya memegang erat sebuah beg sampul hitam dengan corak tenunan Perak dipercayai mengandungi teks ucapan Bajet 2023.

Sebelum memulakan perjalanan, bacaan doa oleh Pegawai Hal Ehwal Islam kementerian, Mohamad Zukrillah Ismail diadakan di lobi Perbendaharaan.

Turut kelihatan, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah; Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Yamani Hafez Musa dan pegawai kanan kementerian.

Tengku Zafrul meninggalkan Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023 pada petang Jumaat. - Foto Bernama
Tengku Zafrul meninggalkan Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023 pada petang Jumaat. - Foto Bernama

Ini merupakan kali ketiga Tengku Zafrul menjadi pembentang selepas membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022.

Kenderaan pelbagai guna berwarna hitam yang membawa Tengku Zafrul berangkat meninggalkan Perbendaharaan jam 2.28 petang.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, kerajaan menegaskan bahawa kepentingan rakyat, perniagaan, ekonomi dan penyampaian perkhidmatan menjadi fokus utama dalam Bajet 2023.

Keperluan dan bantuan berterusan kepada kumpulan B40 turut diberi perhatian dalam Bajet 2023 memandangkan golongan itu dijangka berdepan cabaran getir ekonomi pada tahun depan.