West Ham dalam proses kembali prestasi sebenar

Scamacca telah meledak empat gol dalam lima penampilan Liga Konferensi termasuk kelayakan bersama The Hammers. FOTO: AGENSI
Scamacca telah meledak empat gol dalam lima penampilan Liga Konferensi termasuk kelayakan bersama The Hammers. FOTO: AGENSI
A
A
A

WEST Ham United dalam proses kembali semula ke prestasi sebenar saingan domestik selepas menjinakkan Anderlecht 1-0 dalam aksi Kumpulan B Liga Konferensi di Lotto Park, pada Jumaat.

Malah menurut pengendali West Ham United, David Moyes, kemenangan ke atas Wolves dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini menjuruskan momentum positif kelab itu untuk meraih keputusan positif di Belgium.

“Kami mahu mencuba dan meneruskannya karakter sebenar West Ham, saya rasa para pemain mula menunjukkan tanda-tanda untuk kembali semula kepada gaya permainan kelab ini.

“Sepatutnya dalam perlawanan ini, kami boleh mendapat satu atau dua gol. Saya fikir kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol, namun pasukan memberi tumpuan kepada mengekalkan rekod bersih dan momentum kemenangan pasukan,” katanya.

Jaringan pemain gantian The Hammers, Gianluca Scamacca pada minit ke-79', sudah cukup membolehkan anak buah Moyes membawa pulang tiga mata dari laman lawan.

Kemenangan ketiga selepas mengharungi tiga perlawanan itu memperkukuhkan kedudukan kelab London tersebut apabila menerajui Kumpulan B dengan sembilan mata.

Mengenai kemenangan di Brussels, Moyes mengakui para pemain The Hammers bergelut untuk memecah kebuntuan gol biarpun memiliki deretan peluang.

“Anderlecht tidak dibolosi sebarang gol dalam peringkat kumpulan sebelum ini, jadi sebenarnya sentiasa sukar untuk pasukan sejak awal lagi. Kami terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol, secara tidak langsung situasi yang agak menakutkan kepada setiap pemain.

Artikel Berkaitan:

"Namun secara keseluruhan saya fikir kami sememangnya berhak mendapat kemenangan. Saya tidak fikir anda melihat sesiapa menang dengan margin besar dalam perlawanan ini. Bola sepak di Eropah benar-benar kompetitif dan aksi di Brussels adalah satu lagi perlawanan yang sukar,” ujarnya.

West Ham yang melakar kemenangan 2-0 ke atas Wolves di Stadium London pada Ahad lalu, akan berdepan Fulham hujung minggu ini dalam saingan liga.

KEPUTUSAN LIGA KONFERENSI

Anderlecht 0-1 West Ham

Slovacko 0-1 Nice

Hearts 0-3 Fiorentina

Villarreal 5-0 Austria Vienna

Lech Poznan 0-0 H. Beer Sheva

Molde 3-0 Shamrock Rovers

Silkeborg 5-0 FCS

Sivasspor 3-4 Ballkani

Pyunik 2-0 Zalgiris

Dnipro-1 2-2 FC Vaduz

Gent 0-1 Djurgarden

Slavia Praha 0-1 CFR Cluj

Basel 0-2 Slovan Bratislava

Colonge 0-1 Partizan Belgrade

AZ Alkmaar 3-2 Apollon

RFS 0-0 Istanbul Basaksehir