Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Empat produk sirap ubat batuk dan selesema keluaran syarikat farmaseutikal India yang didakwa menyebabkan 66 kanak-kanak maut selepas pengambilannya, tidak didaftarkan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia hasil semakan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) terhadap pangkalan data bagi promethazine oral solution, kofexmalin baby cough syrup, makoff baby cough syrup dan magrip N cold syrup.

"KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan di negara ini terjamin," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai empat produk tersebut selepas ia dikaitkan dengan kematian 66 kanak-kanak di Gambia, India.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) juga memberi amaran bahawa ubat-ubatan yang tercemar itu mungkin sudah diedarkan di luar negara Afrika Barat, dengan 'kemungkinan wujud pendedahan global'.

Artikel Berkaitan: