Pemandu parah, bas ekspres bawa 15 penumpang langgar lori

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya membantu mengeluarkan pemandu bas yang tersepit akibat kemalangan di KM265 Lebuh Raya Utara Selamat arah selatan awal pagi tadi. - Foto Bomba Perak
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya membantu mengeluarkan pemandu bas yang tersepit akibat kemalangan di KM265 Lebuh Raya Utara Selamat arah selatan awal pagi tadi. - Foto Bomba Perak
A
A
A

IPOH - [KEMAS KINI] Seorang pemandu bas parah selepas bas ekspres membawa 15 penumpang dipandunya merempuh belakang sebuah treler dalam kejadian kemalangan di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 pagi mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, setiba di tempat kejadian mendapati bas berkenaan telah melanggar sebuah treler dengan muatan besi selain terdapat sebuah kereta Perodua Myvi terbabas berhampiran lokasi.

"Pemandu bas mengalami kecederaan parah selepas tersepit di tempat duduk pemandu. Dua penumpang mengalami cedera ringan manakala selebihnya selamat termasuk pemandu treler.

"Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat," katanya dalam satu maklumat kepada media pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya, manakala penumpang lain keluar sendiri dan diberi rawatan oleh pihak KKM sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Jelasnya, operasi menyelamat tamat jam 4.50 pagi.

Artikel Berkaitan: