11 GRO warga asing ditahan

Antara wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kepong Baru, pada Rabu.
Antara wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kepong Baru, pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan di Kepong Baru di sini yang menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing digempur polis, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, 11 wanita yang dipercayai bekerja sebagai GRO berusia 22 hingga 39 tahun ditahan dalam serbuan pada jam 9.45 malam.

"Seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan turut ditahan dalam operasi tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan mendapati pusat hiburan terbabit menjalankan perniagaan tanpa lesen.

"Kita turut merampas peralatan audio yang digunakan untuk tujuan hiburan, wang tunai RM200 dan dua keping resit pembayaran," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana menjalankan aktivi pusat hiburan tanpa lesen perniagaan yang sah.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen kerana mengajikan warga asing tanpa permit yang sah dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen kerana kesalahan menyalahgunakan pas lawatan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482222," ujarnya.