Malaysia naik ranking ke-146

Malaysia berjaya naik dua anak tangga dalam kedudukan ranking terkini FIFA.
Malaysia berjaya naik dua anak tangga dalam kedudukan ranking terkini FIFA.
A
A
A

HARIMAU melonjak ke kedudukan ke-146 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi kemas kini terbaharu ranking badan induk bola sepak dunia itu, skuad kendalian Kim Pan-gon naik dua anak tangga berbanding berada di tangga ke-148 pada Ogos lalu.

Keputusan positif diraih skuad kebangsaan dalam beberapa aksi Piala Raja Thailand 2022 sebelum ini menyumbang kepada kenaikan ranking Harimau Malaya.

Berdasarkan kedudukan terbaharu itu, Malaysia kekal berada di kedudukan ke-26 dalam kalangan negara Asia dan keempat di Asia Tenggara selepas Vietnam (96), Thailand (111) dan Filipina (133).

Bagi kedudukan keseluruhan, Brazil kekal sebagai pasukan nombor satu dunia dengan mengumpul 1,841.3 mata, sementara Belgium di tangga kedua (1,816.71) dan Argentina ketiga (1,773.88).

Artikel Berkaitan: