'Mungkin ada orang lain nak jadi PM'

Aminuddin mengendalikan jangkaut pada Majlis Pecah Tanah Lot Kediaman Harapan Generasi Baru Felda Palong 12 Fasa 1 di Felda Palong 12, Jempol pada Khamis.
Aminuddin mengendalikan jangkaut pada Majlis Pecah Tanah Lot Kediaman Harapan Generasi Baru Felda Palong 12 Fasa 1 di Felda Palong 12, Jempol pada Khamis.
A
A
A

JEMPOL - Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun secara berseloroh berkata, kemungkinan ada orang lain yang ingin menjadi perdana menteri menyebabkan UMNO tergesa-gesa mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya menghormati mandat diberi rakyat untuk memerintah selama lima tahun.

"Kita tahu mandat rakyat bagi lima tahun, bukannya empat tahun setengah dan kita lihat hari ini pentadbiran negara bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiada masalah, pembangkang pun bagi sokongan.

"Yang beria-ria sangat nak diadakan pilihan raya kenapa? Jadi sajalah Perdana Menteri sampai habis penggal, melainkan takut ada orang lain yang mahu jadi Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Pecah Tanah Lot Kediaman Harapan Generasi Baru Felda Palong 12 Fasa 1 di Felda Palong 12, di sini pada Khamis.

Menurutnya, dalam tempoh beberapa bulan sebelum habis penggal, banyak lagi perkara dan isu tertangguh di Negeri Sembilan yang perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Ujarnya, mandat diberi oleh rakyat akan dilunaskan sebaik mungkin.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tiga negeri di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH), iaitu Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), jika PRU15 diadakan tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Anwar perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.