Gambar, kenyataan tular adalah palsu: TMJ

Tunku Ismail menafikan gambar tular berhubung titah baginda mengenai sebuah parti politik.
Tunku Ismail menafikan gambar tular berhubung titah baginda mengenai sebuah parti politik.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sepertimana di dalam gambar yang tersebar di media sosial.

Menerusi muat naik di laman Facebook HRH Crown Prince pada Khamis, baginda bertitah, ia merupakan satu kenyataan palsu yang disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini.

Titah baginda, segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office atau di laman sosial rasmi baginda sahaja.

“Kenyataan palsu ini sudah beberapa kali disebarkan di dalam media sosial dan ia masih berterusan sehingga ke hari ini (Khamis). Saya telah menitahkan Royal Press Office untuk membuat laporan polis berhubung perkara ini,” titah baginda.

Sementara itu dalam perkongsian yang tular di media sosial itu, selain foto, baginda turut bertitah bahawa rakyat perlu menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) selain melabelkan parti itu sebagai sampah.

Artikel Berkaitan: