Penduduk empat kampung berdepan ancaman harimau

Penduduk di empat kampung dihantui kemunculan seekor harimau sejak Isnin lalu. Foto: Ihsan penduduk
Penduduk di empat kampung dihantui kemunculan seekor harimau sejak Isnin lalu. Foto: Ihsan penduduk
A
A
A

KUALA KRAI – Lebih 500 penduduk di Kampung Nara, Gajah Mati, Bukit Pacat dan Slow Temiang di sini diselubungi kebimbangan susulan kemunculan seekor harimau sejak Isnin lalu.

Lebih merisaukan, perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi menangkap karnivor itu sebaliknya dimasuki seekor beruang pada Rabu.

Penghulu Mukim Sungai Mengkuang, Zulkifli Sulaiman berkata, kehadiran pak belang itu dikesan berkeliaran di kawasan kebun sawit sejak dua hari lalu sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Menurut beliau, kehadiran haiwan liar itu mula diketahui selepas seorang pekerja kebun warga Indonesia terserempak dengan pak belang tersebut sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berwajib.

"Perhilitan kemudian datang ke kawasan kebun untuk bertemu penduduk dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

"Kami di sini semakin bimbang apabila seekor lembu milik seorang penduduk dikenali sebagai Awang Tu dilaporkan menjadi mangsa serangan haiwan liar di kawasan berkenaan pada petang Selasa," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Anggota Perhilitan sedang memasang perangkap bagi menangkap harimau selepas menerima aduan daripada penduduk. Foto:Ihsan penduduk
Anggota Perhilitan sedang memasang perangkap bagi menangkap harimau selepas menerima aduan daripada penduduk. Foto:Ihsan penduduk

Ujar beliau, kejadian itu menyebabkan penduduk semakin bimbang untuk keluar bekerja, terutama mereka yang bergantung kepada aktiviti menoreh getah dan mengusahakan kebun bagi menyara kehidupan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, penduduk berharap tindakan lanjut pihak berkuasa dapat menangani ancaman berkenaan supaya mereka dapat kembali menjalankan aktiviti harian dengan lebih selamat.

"Kehadiran harimau ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk, malah mengganggu rutin harian mereka yang perlu keluar ke kebun untuk mencari rezeki," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!