Ramai kakitangan terperanjat Musk mahu beli balik Twitter

Elon Musk mahu membeli balik Twitter dengan tawaran sebanyak RM203.74 bilion. - Foto AFP
Elon Musk mahu membeli balik Twitter dengan tawaran sebanyak RM203.74 bilion. - Foto AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Kakitangan Twitter berasa kesal dan bimbang selepas pemilik syarikat Space X, Elon Musk memperbaharui bidaannya untuk membeli syarikat mereka.

Musk menarik diri daripada rancangan pembelian syarikat itu pada bulan Julai lalu dan menghadapi tindakan undang-undang berhubung langkahnya itu.

Bagaimanapun, pada Selasa, Musk mengejutkan Silicon Valley dengan menawarkan untuk melengkapkan pembelian pada harga asalnya sebanyak AS$44 bilion (RM203.74 bilion).

Tindakan itu menyebabkan para pekerja berasa terperanjat.

Parker Lyons iaitu seorang penganalisis kewangan kanan di Twitter menghantar beberapa gambar termasuk seorang gadis muda menangis dengan kapsyen:"Menulis e-mel kecil saya hari ini."

Dia juga menghantar ciapan kartun menunjukkan karakter seseorang yang cuba membuat perancangan pada tahun 2023 dan diberitahu: "Ini tidak bernilai."

Sementara itu, sebahagian pekerja meluahkan kekecewaan mereka di forum sembang Blind, lapor CNN. - Agensi

Artikel Berkaitan: