Dunia saksama boleh diwujudkan: Speaker Turkiye

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun (kanan) mengiringi Sentop (dua dari kanan) melintasi kawalan kehormat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Rabu.
-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun (kanan) mengiringi Sentop (dua dari kanan) melintasi kawalan kehormat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Rabu. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A
KUALA LUMPUR - Dunia baharu dan adil boleh diwujudkan sekiranya ada kefahaman mengenai undang-undang yang sejajar dengan nilai murni, kepercayaan, hati nurani dan akhlak.

Speaker Dewan Perwakilan (Parlimen) Turkiye, Prof Dr Mustafa Sentop berpendapat, masalah negara dan global yang berlaku pada ketika ini akibat kurangnya penguatkuasaan undang-undang dan keadilan, serta ketidakupayaan undang-undang menjanjikan keadilan.

"Persepsi bahawa penggubalan undang-undang sebagai sistem yang terasing daripada kepercayaan, metafizik, moral, hati nurani dan nilai... telah membawa dunia kita ke tahap ini.



"Konflik Rusia dan Ukraine telah menyaksikan betapa undang-undang antarabangsa sering dicabuli,” katanya.



"Sejauhmanakah keberkesanan bagi mereka yang tidak takut melanggar undang-undang untuk melindungi kepentingan mereka, sehingga undang-undang antarabangsa diinjak-injak selama hampir setengah abad dan kini kita masih bercakap mengenainya?

"Saya berpendapat perbincangan mengenai persepsi undang-undang adalah penting ketika pencarian dalam setiap bidang dipergiatkan,” kata Sentop dalam ucapannya bertajuk "Two Different Worlds - Two Different Perceptions of Law” sempena World Professional Lecture di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada Rabu.

Turut hadir Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel dan Rektor UIAM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Sentop turut dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Beliau dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dan akan berlepas pulang pada Rabu. - Bernama
Artikel Berkaitan: