[VIDEO] Pas perlu putuskan hubungan dengan PN secepat mungkin

Ahmad Zahid (tengah) pada sidang akhbar selepas perjumpaan khas bersama 191 UMNO bahagian di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.
Ahmad Zahid (tengah) pada sidang akhbar selepas perjumpaan khas bersama 191 UMNO bahagian di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] UMNO memberi kata dua kepada Pas agar memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN) secepat mungkin.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO telah memberikan tempoh masa kepada Pas mengenai perkara terbabit.

“Mereka tahu tempoh masa yang diberikan,” katanya pada sidang akhbar selepas perjumpaan khas bersama 191 UMNO bahagian di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.

Tegas Ahmad Zahid, jika Pas mahu bersama-sama dengan UMNO, parti berkenaan seharusnya memenuhi syarat-syarat yang ditentukan.

“Tanpa memenuhi syarat-syarat itu, maka kami akan bergerak secara solo,” ujarnya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Pas juga bebas untuk menggunakan lambang parti mereka dalam PRU15.

“Jika mereka mahu bersama-sama dengan UMNO dan BN, mereka bebas untuk menggunakan lambang parti mereka tetapi kita boleh bertoleransi untuk menjalin kebersamaan bagi menghadapi pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pemilihan calon-calon UMNO bagi PRU15 mesti mengikut kriteria sekali gus tiada calon yang mengikut kluster-kluster tertentu.

Artikel Berkaitan:

"Untuk pemilihan calon pada kali ini, pengerusi-pengerusi perhubungan negeri akan mengemukakan nama-nama calon berkenaan kepada 'Top 5' bagi penentuan calon yang memenuhi kriteria.

"Tiada calon mengikut kluster tertentu dan yang penting, calon UMNO yang memulakan panji-panji BN," jelasnya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memberikan perakuan akan menyokong calon-calon BN dalam PRU15.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan pimpinan GRS dan mereka telah memberikan perakuan bahawa GRS akan menyokong semua calon-calon BN.

“Kami amat menghargainya dan semoga perkara ini dapat direalisasikan apabila tiba masanya,” ujarnya.