Sena Bangkok BC ketepi cabaran Ho Chi Minh

Busanan menghadiahkan mata penting buat Sena Bangkok.
Busanan menghadiahkan mata penting buat Sena Bangkok.
A
A
A

SENA Bangkok BC muncul dominan selepas menewaskan musuh serantau, Ho Chi Minh pada hari kedua saingan SENHENG redOne Purple League Profesional 2022 (SRPLP) di Stadium Malawati Shah Alam pada Ahad.

Kelab yang berpangkalan di Bangkok, Thailand itu menang dengan keputusan 13-9, sekali gus mencabar kedudukan Puchong United yang menduduki tangga pertama kumpulan A.

Pemain ranking ke-12 dunia, Busanan Ongbamrungphan mencuri tumpuan apabila berjaya mengatasi cabaran Vu Thi Anh Thu 3-2 pada perlawanan kedua.

“Saya agak sedikit penat, tetapi berupaya untuk teruskan permainan. Saya berharap dapat segera mencari rentak dan mengekalkan momentum selepas ini,” kata Busanan yang mengungguli Terbuka Swiss baru-baru ini.

Ho Chi Minh City BC bermula dengan baik hasil kemenangan perseorangan lelaki, Nguyen Hai Dang yang menewaskan Kachain Buarung 3-2 (8-11, 11-10, 4-11,11-2,11-2)

Momentum kemenangan itu terhenti apabila gandingan beregu lelaki mereka, Tran Nguyen Chi Tung tewas kepada Kittisak Namdash-Pongsakorn Thongkham 3-0 (3-11, 9-11, 7-11).

Lebih parah, pasangan beregu campuran, Sena Bangkok, Yap Qar Siong-Atitaya Povanon menundukkan Nguyen Anh Gia Huy- Lam My Tien 3-1 (10-11 11-6 11-9 11-3).

Pertarungan terakhir pula menyaksikan Nguyen Tien Minh menyumbangkan mata penting buat Ho Chi Minh City selepas menang 3-2 (2-11 11-8 7-11 11-6 8-11) ke atas Kittipong Imnark dalam kategori perseorangan lelaki, sekali gus menjadikan kedudukan keseluruhan 13-9 berpihak kepada Sena Bangkok.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, perlawanan kedua pada Ahad menyaksikan Petaling BC menerima tentangan sengit dari Ampang Jaya BC apabila sekadar meraih kemenangan 10-8 di dalam saingan kumpulan A.

Musim keenam SENHENG redONE Purple League Profesional kini sedang berlangsung dari 1 hingga 6 Oktober di Stadium Malawati, Shah Alam manakala pusingan akhir akan berlangsung pada 8 hingga 9 Oktober di Arena of Stars, Genting Highlands.

Tiket pusingan akhir sudah mula boleh dibeli di laman sesawang https://go.wbqr.my/plp/ dan https://www.rwgenting.com/en/entertainment/senheng-redone-purple-league-professional-2022.html.