Hari Habitat Sedunia 2022

A
A
A
Suasana komuniti dan rumah yang dibina di atas air di penempatan setinggan Saguking Laut, yang terletak di pinggir pusat bandar Labuan ketika tinjauan fotoBERNAMA sempena Hari Habitat Sedunia 2022 hari ini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menetapkan Isnin pertama pada Oktober setiap tahun sebagai Hari Habitat Sedunia untuk mengingatkan kita tentang hak asas semua orang untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa dengan kemudahan asas dan selamat untuk didiami.

Pada tahun ini, Hari Habitat Sedunia di bawah tema "Mind the Gap. Leave No One and Place Behind" melihat masalah ketidaksamaan dan cabaran yang semakin meningkat terutama di kawasan di bandar yang menjadi pusat penempatan yang padat.

Hari Habitat Sedunia 2022 bertujuan untuk menarik perhatian kepada isu penempatan yang telah diburukkan lagi oleh krisis pandemik COVID-19, iklim semasa dan konflik pengurusan yang rumit. - Foto Bernama.
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Program Jom Baca 10 Minit

No Image Caption
GALERI

DAIWA 2024

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Jerebu Kuala Lumpur

No Image Caption
GALERI

Hari Bumi Sedunia 2024