Usah bimbang amaran cuaca buruk dikeluarkan Kedutaan AS

Kedutaan AS pada Selasa mengeluarkan amaran cuaca buruk kepada rakyat negara itu yang berada di Malaysia supaya bersiap sedia berdepan hujan lebat, ribut dan banjir bermula bulan depan.
Kedutaan AS pada Selasa mengeluarkan amaran cuaca buruk kepada rakyat negara itu yang berada di Malaysia supaya bersiap sedia berdepan hujan lebat, ribut dan banjir bermula bulan depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meminta orang ramai agar tidak terlalu bimbang terhadap amaran cuaca buruk dikeluarkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kepada rakyat mereka di Malaysia.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, negara mengalami Monsun Timur Laut (MTL) setiap tahun dan MTL 2023/2023 dijangka bermula pada pertengahan November 2022 dan berakhir pada Mac 2023.

"Orang awam dinasihatkan bersiap sedia sewajarnya dan tidak berasa terlalu bimbang dengan amaran cuaca buruk dikeluarkan pada laman web rasmi Kedutaan AS kepada rakyat mereka di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Selasa, Kedutaan AS mengeluarkan amaran cuaca buruk kepada rakyat negara itu yang berada di Malaysia supaya bersiap sedia berdepan hujan lebat, ribut dan banjir bermula bulan depan.

Ia berikutan Musim Siklon Tropika di Laut Pasifik Selatan bermula 1 November ini hingga 30 April tahun depan.

Muhammad Helmi berkata, MetMalaysia melakukan pemantauan cuaca berterusan 24 jam sehari sepanjang tahun dan amaran cuaca dikeluarkan sekiranya dijangka berlaku ribut petit, hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora serta Siklon Tropika.

"Amaran cuaca tersebut akan dihebahkan melalui pelbagai saluran kepada orang awam termasuk warga AS di Malaysia.

"Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan mengikut arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara semasa kejadian banjir dan diminta untuk lebih peka dengan sebarang perubahan cuaca," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, maklumat mengenai ramalan dan amaran cuaca boleh didapati melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!