Nilai ringgit turun berbanding dolar AS sesi awal dagangan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NILAI ringgit mencatatkan penurunan daripada keuntungan yang diraih minggu lepas dan dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin di tengah-tengah sentimen bercampur-campur dalam pasaran apabila pelabur terus mendapatkan mata wang dolar, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 6400/6445 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6360/6390.

Menurut Kenanga Research dalam satu nota penyelidikannya hari ini, ketidaktentuan pasaran global selain krisis sterling United Kingdom dan kemelesetan yang meruncing di Eropah, telah melonjakkan permintaan terhadap dolar AS, seterusnya menekan mata wang sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

"Ringgit mungkin terus diniagakan melebihi paras ambang 4.6000 berbanding dolar AS kerana indeks dolar AS dijangka didagangkan di atas paras 112.0," kata firma penyelidikan itu.

Di pasaran tempatan, pelabur turut memantau dengan teliti Bajet 2023 akan datang yang dijadual dibentangkan pada hari Jumaat, yang mana ini mungkin boleh mengehadkan sebahagian kerugian ringgit.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.1657/1707 daripada 5.1728/1762 minggu lepas, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2049/2082 daripada 3.2103/2126 dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2323/2359 daripada 3.2343/2368.

Bagaimanapun, mata wang tempatan turun berbanding euro kepada 4.5495/5539 daripada 4.5428/5458 pada penutup Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan: