Pas tanding 20 kerusi DUN Perak

Razman (tiga dari kanan) meraikan pembida yang memenangi bidaan barang-barang koleksi peribadi Abdul Hadi, Hashim dan Norazli pada Majlis Makan Malam dan Dana Pilihan Raya PRU15 Pas Negeri Perak di lpoh pada malam Ahad.
Razman (tiga dari kanan) meraikan pembida yang memenangi bidaan barang-barang koleksi peribadi Abdul Hadi, Hashim dan Norazli pada Majlis Makan Malam dan Dana Pilihan Raya PRU15 Pas Negeri Perak di lpoh pada malam Ahad.
A
A
A

IPOH - Pas akan bertanding di 20 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di bawah logo Perikatan Nasional (PN).

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, 20 kerusi lagi akan ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala baki 19 lagi kerusi akan dirunding antara ahli bersekutu Bersatu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Menurutnya, 40 kerusi DUN yang akan ditandingi oleh Pas dan Bersatu itu merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu manakala 19 kerusi lagu merupakan kerusi campuran.

"Negeri Perak ini kita telah putuskan bahawa kita buat kerja persediaan bersama-sama dengan PN hampir 100 peratus. Kalau esok PRU kita dah boleh jalan.

"Bagaimanapun Pas Perak tertakluk kepada keputusan pusat. Sekiranya ada keputusan pusat yang berlainan daripada apa yang kita gerakkan kita kena patuh, tak boleh nak kata apa," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Dana Pilihan Raya PRU15 Pas Negeri Perak di sebuah hotel di sini pada malam Ahad.

Hadir sama pada majlis itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Razman berkata, Pas Perak bersetuju untuk menggunakan logo PN bagi mewakili parti itu dalam PRU15 nanti dan hasrat itu telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Namun katanya, keputusan muktamad mengenai perkara tersebut tetap bergantung kepada arahan pimpinan di peringkat pusat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam majlis berkenaan turut diadakan lelongan koleksi peribadi Abdul Hadi, Hashim dan bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Allahyarham Norazli Musa bagi mengisi dana PRU15 Pas Perak.

Tongkat milik Abdul Hadi mendapat bidaan tertinggi iaitu RM11,000 selain beberapa barang lain seperti kopiah, vest dan jubah.