UMNO 'gila' desak PM buat PRU15 tahun ini: Armada

Pengerusi PN Selangor yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) bersama Ketua Srikandi Bersatu Malaysia Datuk Seri Rina Mohd Harun (depan dua, kanan) dan Ketua Armada Bersatu Malaysia Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (depan, kanan) serta Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari (depan tiga, kanan) bergambar selepas Majlis Perasmian Persidangan Bahagian dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor. - Foto Bernama.

A
A
A

SHAH ALAM - UMNO dilabelkan sebagai sebuah parti 'gila' kerana mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) pada tahun ini.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, mengadakan PRU15 ketika negara dijangka dilanda banjir besar adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

“UMNO ini sudah gila, dia tahu nak masuk musim banjir, dia tekan juga kerajaan untuk bubar Parlimen tapi yang gila itu dua tiga kerat sahaja.

“Antaranya presidennya (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) yang gila, dia juga antisains kerana kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Jabatan Meteorologi sudah cakap masuk November peralihan monsun.

“Seperti tahun lalu, banjir yang melanda negara tidak sama seperti tahun sebelum ini kerana ia aman perubahan iklim.

"Sesiapa yang tidak memahami ilmu sains, dia pasti bodoh dalam memahami banjir kali ini, banjir ini akan besar dan menyusahkan rakyat,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam persidangan Bahagian Bersatu dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor, di sebuah resort di sini.

Perasmian disempurnakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan turut dihadiri Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat, media melaporkan UMNO memutuskan untuk menggesa agar pembubaran Parlimen perlu dibuat segera bagi membolehkan PRU15 diadakan pada tahun ini juga semasa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.