Siap sedia hadapi banjir, pastikan bantuan segera: KSN

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pihak berkuasa di setiap peringkat daerah, negeri dan pusat diingatkan agar berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir khususnya memastikan bantuan disampaikan segera kepada mangsa-mangsa.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, semua pihak juga harus sentiasa berwaspada dan peka dengan sistem amaran banjir dari semasa ke semasa.

"Pagi ini saya membuat lawatan ke Hulu Langat bagi memeriksa kesiapsiagaan menghadapi bencana, terutamanya di kawasan-kawasan berisiko banjir.

"Saya telah diberi taklimat mengenai rancangan pengurusan bencana, penggunaan aset-aset, serta infrastruktur pencegahan dan mitigasi bencana.

"Saya menyeru semua pihak di setiap peringkat daerah, negeri dan pusat, untuk berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana, terutamanya dalam memastikan bantuan dapat disampaikan dengan segera kepada mangsa-mangsa bencana," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Hulu Langat merupakan antara kawasan paling terjejas dalam kejadian banjir yang berlaku Disember tahun lalu sehingga terdapat kawasan yang ditenggelami air sehingga paras bumbung hingga menyebabkan kerosakan teruk kepada harta benda penduduk.

Baru-baru ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengenal pasti sebanyak 307 kawasan di sembilan daerah di Selangor yang berisiko dilanda banjir berikutan fenomena Monsun Timur Laut dan air pasang besar.

Jumlah itu meliputi 52 kawasan ‘hotspot’ banjir yang melibatkan semua daerah kecuali di Hulu Selangor.

Artikel Berkaitan: